JAMAWI JA`AFAR

Penyandang kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kemabong akur setelah tidak disenaraikan sebagai calon Barisan Nasional (BN) di kerusi Kemabong.

Bagaimanapun Jamawi terpaksa akur dengan keputusan berkaitan pencalonan termasuk dipindahkan sebagai calon di kerusi DUN Melalap.

Beliau kini perlu bersaing dengan Timbalan Presiden Parti Bersatu Sabah (PBS), Datuk Radin Maleh sebagai rakan Perikatan Nasional (PN) menentang parti lawan.

Jamawi antara wakil rakyat UMNO yang meninggalkan parti untuk menyokong Parti Warisan Sabah (Warisan) selepas Pilihan Raya Umum (PRU) 2018 sebelum keluar dan menyokong cubaan bekas Ketua Menteri, Tan Sri Musa Aman mengambil alih kerajaan negeri pada akhir Julai lalu.

Beliau juga bekas Ketua Penerangan Pemuda UMNO Malaysia dan bekas Ketua Pemuda UMNO Tenom.

Pencapaian
Kerjaya:

Jawatan disandang dalam politik;

  • Penyandang DUN Kemabong (2018)
  • Bekas Ketua Penerangan Pemuda UMNO Malaysia
  • Bekas Ketua Pemuda UMNO Tenom

Jawatan dalam Badan bukan berkanun;

  • Ketua Badan Belia Pertubuhan Islam Seluruh Sabah (Belia Usia)
  • AJP Peladang Sabah
Penglibatan Politik
Parti Gabungan: Barisan Nasional
Parti: UMNO
Pilihan Raya Umum Terbaru: PRU15

Kerusi Bertanding PARLIMEN:
  • PRU15- P181 Tenom

Kerusi Bertanding DUN:
  • PRU14- P181 Tenom N36 Kemabong
  • PRN DUN Sabah 16- P181 Tenom N42 Melalap